THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

MAKEUP CLASS SCHEDULE!!!

(only available on weekdays!)
**for more classes during weekends will update on the side bar corner**

Basic Makeup Class
-focus on daily usage makeup
-suitable for office wear, daily wear
RM150/person
Available on:
-every Tuesday & Wednesday

Basic to Advance Class
-focus more to special events
-suitable for dinner wear, bridesmaid, simple engagement
RM350/person
Available on:
Every Thursday only


2days Bridal Class
-focus more on wedding makeup & hairdo
-suitable for those who wants to start their business professionally
RM500/person
Available on:
Every Thursday & Friday


0ther classes:
(only valid upon request)
-eyeshadow class
-3 days bridal class
-4 days bridal class
-professional makeup lesson (12 sessions)
-hairdo class

Wednesday, December 15, 2010

About Eyra Rizal Touch

Eyra Rizal Touch, atau lebih dikenali dengan E.R.Touch merupakan satu jenama
yang mula menapak dalam industri solekan pada bulan November 2009. Walaupun
baru berumur setahun lebih, E.R Touch telah membuktikan bahawa ia telah berjaya
menjadi satu jenama yang sangat popular di kalangan peminat lingkaran sosial ,
Facebook. Kejayaan Eyra Rizal dalam bidang ini tidak datang bergolek. Ianya adalah
hasil kecenderungan dan ketekunan jitu yang telah membawa belia ke tahap sekarang
dalam masa yang begitu singkat.Oleh kerana beliau begitu yakin dengan kerjaya ini,

Eyra Rizal, 23 tahun, pemegang diploma dalam bidang Industri Multimedia dari UNISEL
ini sedia melupakan hasrat buat sementara waktu untuk menyambung pelajaran dalam
bidang tersebut di peringkat yang lebih tinggi.

Matlamat untuk mencapai cita-cita ini di susun begitu rapi dengan beberapa strategi.
Bermula dengan mengambil kursus andaman anjuran Derina Artistic Team di awal
tahun 2009, beliau kemudiannya mengikut kumpulan Derina Artistic Team memberi
pekhidmatan solekan untuk beberapa program televisyen, seperti :-

-rancangan Olala(April 2009),
-pengambaran Peringkat Akhir Olala di Media Prima (Jun 2009),
-rancangan Kalamullah di TV 9 (Jun 2009)
-rancangan Macam-Macam Aznil dan Jangan Lupa Lirik di Astro ( Julai 2009).

Langkah menyertai kumpulan jurusolek ini adalah bertujuan mendapat pengalaman dan kemahiran yang kukuh dalam bidang ini. Pendedahan awal bekerja dengan industri hiburan amat memberi makna kepada kejayaan
E. R.Touch. Ia dapat memberi keyakinan dan kekuatan diri untuk Eyra lebih matang dan berani menuju ke hadapan.
Eyra juga sangat terhutang budi kepada sifu beliau, iaitu Puan Naza, atau lebih dikenali sebangai Naza Derina yang masih mengikuti perkembangan E.R. Touch serta beliau tidak lokek memberi pandangan dan tunjuk ajar sehingga sekarang. Itulah penguat semangat Eyra dalam menempuhi onak dan duri dalam bidang ini.

Perjalanan kerjaya Eyra sebagai juru solek bermula dengan mengadakan bengkel solekan peribadi dan pengantin dengan mengenakan harga yang paling minimal. Ini untuk memberi peluang kepada mereka-mereka yang mempunyai minat tapi kurang modal untuk melabur dengan membayar harga yang mahal
untuk menyertai bengkel solekan. Eyra sedari hakikat ini sebab beliau juga melaluipengalaman yang sama. Inilah adalah usaha belia yang begitu berjasa kerana berjaya melahirkan bakat-bakat juru solek yang baru. Bengkel-bengkel diadakan dirumah sekiranya jumlah pelajar kecil, tetapi jika melebihi lima orang bengkel-bengkel akan di
adakan di hotel atau di premis lain yang bersesuaian.

Pelajar-pelajar yang menyertai bengkel E.R.Touch akan ditauliahkan dengan sijil, dan mereka akan terus diberi bimbingan apabila diminta, Untuk memastikan kesinambungan dalam hal berkongsi ilmu, Eyra telah menubuhkan E.R. Touch Team. Segala aktiviti E.R Touch Team akan dipautkan ke Facebook E.R. Touch Team. Setakat ini,jumlah bekas pelajar Eyra yang menyertai E.R. Touch Team ialah melebihi 200 orang. Mereka yang menjadi pelajar Eyra datang dari seluruh Malaysia.

Selain dari mengadakan bengkel, Eyra juga memberi perkhidmatan solekan untuk :-
-majlis makan malam
-majlis bertunang
-nikah dan persandingan
-acara mengambil gambar untuk majalah
-portfolio untuk model
-portfolio fotografi
-rakaman belakang pentas,
dan lain lain.

Eyra banyak menerima tempahan solekan di hujung minggu.Beliau sedia menerima tempahan solekan untuk kemana-mana tempat yang memerlukan perkhidmatannya. Sekiranya tempahan dibuat untuk keluar dari Shah Alam, tetapi masih di sekitar Selangor, bayaran tambahan untuk minyak kereta akan dikenakan. Manakala, jika tempahan dibuat oleh pelanggan yang tinggal di luar Selangor dan memerlukan Eyra menginap, maka bayaran penginapan juga akan dikenakan.Pada bulan Julai 2010, E.R.Touch Team telah menyertai Pameran Persandingan di Midvalley Megamall. Eyra juga diundang oleh Urbanvibe/ Dina Halim Bridal Boutique untuk menjadi jurusolek rasmi di Pameran Pengantin yang diadakan di KLCC pada bulan Oktober 2010. Selain itu, E.R.Touch Team telah diberi peluang oleh pihak Karangkraf untuk menyolek para peserta akhir yang menyertai projek berlian, Serlahkan Kilauanmu pada bulan November 2010, dan tugasan ini di terbitkan dalam Pesona Pengantin, bulan Disember 2010.

Usaha Eyra dalam mengembang sayap beliau bukan berhenti dalam bidang solekan semata. Perancangan untuk mempelbagaikan perniagaan beliau sedang dibuat.Beliau bercita-cita untuk menghasilkan tudung,pakaian,rangkaian produk kecantikan dan lain-lain. Bagi Eyra, tiada apa yang lebih membahagiakan beliau dari melihat hasil solekan yang dapat merubah wajah seseorang menjadi cantik. Namun, hasil teknik solekan yang betul akan mencantikkan wajah seseorang .Hatinya akan puas pabila pelanggan berpuas hati dengan sentuhan beliau.

0 comments: